Tuesday, February 10, 2009

Kedai kopi Malaysia di Jubail?

Macam mana nak menubuhkan kedai kopi di Jubail dengan populasi sebanyak 150 orang warga Malaysia di Jubail. Saya rasa terpanggil untuk menubuhkan satu kedai kopi dimana kita boleh duduk bersama minum-minum sambil bersembang-sembang.

Apa kata, daripada 150 orang, setiap seorang menyumbang sebanyak SR1000. Hasilnya, SR150K terkumpul sebagai modal dengan jangkamasa yang singkat.

Sewa kedai - SR30K setahun
Renovation dan perabut - SR30K
Coffee maker dan segala peralatan kedai - SR40K
Bahan-bahan mentah - SR30K
Modal pusingan - SR20K termasuk 4 org pekerja.


Tadaaa!!! Tertubuhlah kedai kopi Malaysia dan semua warga Malaysia dijemput hadir untuk memeriahkan suasana kedai kita dan kita boleh bersembang-sembang sampai pukul 12 malam. Best kan. Best lah untuk orang lelaki. Macam lah orang perempuan boleh keluar senang lenang gitu. Amboi amboi.. sesedap rasa aje nak buka kedai lepas tu orang lelaki duduk melepak di kedai... banyak cantik muka tu..

ha laaaa kita bukak la sekali women section ape masalahnya...pastu kita bukak sekali section tingkat atas untuk private function yg boleh muat 20 org...kat situ kita boleh sembang2 cakap melayu...besttt.sambil tu kita bagi perkhidmatan wi-fi percuma.
kelasss gitu.....